Pelancaran Program Kerjaya Dan Jauhi DARVIH

Pelancaran Program Kerjaya Dan Jauhi DARVIH

Isnin, 13 Mac 2017 – Perhimpunan rasmi pada pagi ini telah menyaksikan majlis pelancaran ‘Program Kerjaya dan Hidup Bahagia Tanpa DARVIH (dadah, alkohol, kokok, vape, inhalan dan HIV) yang telah disempurnakan oleh Tn Pengetua, En Salleh bin Ismail.  En Fuad Abd Wahab selaku kaunselor dan penyelaras program berharap murid-murid SBPI Gombak dapat terus mengekalkan rekod bersih tanpa masalah DARVIH yang telah menjadi budaya sekolah ini.  Melalui program kerjaya pula, murid-murid akan dapat didedahkan dengan pelbagai jenis kerjaya yang boleh dijadikan panduan bagi murid-murid merencana masa hadapan dengan bijak.  Program ini akan dipenuhi dengan beberapa siri aktiviti berbentuk ceramah, pameran dan juga pertandingan yang telah dirancang.

Sila klink link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :