Lawatan Ke Sekolah Itsukaichi, Hiroshima

Lawatan Ke Sekolah Itsukaichi, Hiroshima

Lawatan Ke Sekolah Itsukaichi, Hiroshima

Selasa, 26 Mac 2019 – Seramai 10 orang guru SBPI Gombak yang mengadakan sesi lawatan ke Jepun telah sempat meluangkan masa satu hari ke Hiroshima bagi mengunjungi ‘sister school‘ sekolah ini iaitu Sekolah Tinggi Itsukaichi.  Kunjungan ini telah disambut oleh beberapa orang guru sekolah tersebut bersama 6 orang murid mereka yang bakal datang ke sekolah ini pada bulan 6 nanti bagi menyertai program FRSIS.   Sepanjang kunjungan tersebut, guru-guru telah dibawa melawat sekitar sekolah bagi membuat beberapa perbandingan dengan sekolah tersebut disamping mempelajari beberapa aspek yang mungkin boleh diaplikasikan di sekolah sendiri kelak.  Usai lawatan di sekolah, delegasi telah dibawa oleh mereka mengunjungi Pulau Miyajima yang sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung di Hiroshima.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!