Year: 2018

Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-15

Rabu, 14 Februari 2018 – Kejohanan Balapan & Padang peringkat sekolah untuk kali ke-15 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Selain mempertandingkan acara-acara padang dan balapan, seperti biasa murid-murid turut bertanding dalam acara senamrobik, perbarisan, hiasan khemah rumah dan papan info. Keputusan keseluruhan kejohanan olahraga telah berpihak kepada Merah…

‘Science Research Conference’ Bersama Seiko-Gakuin

Sabtu, 03 Februari 2018 – Seramai 10 orang murid dan seorang guru dari Sekolah Menangah Seiko-Gakuin,Yokohama Jepun telah mengunjungi SBPI Gombak hari ini bagi melaksanakan program ‘Science Research Conference’ bersama-sama murid-murid sekolah ini. Melalui program ini, murid-murid Seiko-Gakuin dan murid-murid SBPI Gombak yang terlibat dalam projek-projek R&D telah bertukar-tukar ilmu dan…

Solat Hajat Barakah & Ceramah Keibubapaan

Rabu, 31 Januari 2018 – Majlis Solat Hajat Barakah dan Ceramah Keibubapaan telah diadakan pada hari ini dengan objektif untuk memupuk kemuafakatan dan antara guru dan ibu bapa serta merapatkan ukhwan di antara ibu bapa, guru-guru dan anak-anak INTEGOMB. Majlis ini disambut baik oleh ibu bapa dalam kalangan murid-murid tingkatan…

Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM 2018

Jumaat, 26 Januari 2018 – Ibu bapa dan penjaga murid-murid calon PT3 dan SPM 2018 telah menghadiri Majlis Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini.  Melalui majlis ini ibu bapa telah dibentangkan oleh Pn Nor Hayati Yusoff…

MoU dengan Fakulti Sains Universiti Malaya

Khamis, 25 Januari 2018 – Pasukan Research & Development (R&D) SBPI Gombak hari ini mengorak satu lagi langkah mengadakan persetujuan dengan Fakulti Sains Universiti Malaya apabila bersama-sama menandatangani MoU yang bakal menjadikan Fakulti Sains UM ini sebagai mentor kepada projek-projek R&D yang dijalankan oleh sekolah ini.  Majlis ini telah menyaksikan penandatanganan…

Ragbi MSSD Gombak

Khamis, 25 Januari 2018 – Selama 4 hari iaitu bermula 22 Januari hingga hari ini, SBPI Gombak telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi MSSD Daerah Gombak. Bagi Kategori bawah 18 tahun, sebanyak 7 buah pasukan daripada 7 buah sekolah telah bertanding. Manakala kategori bawah 15 tahun pula melibatkan 9…

Pelancaran Program Mentor Mentee 2018

Isnin, 22 Januari 2018 – Program mentor-mentee bermatlamat untuk menjadi satu saluran kepada murid-murid dalam membimbing mereka menangani pelbagai masalah agar mereka sentiasa terbimbing secara sihat. Hari ini program mentor-mentee telah dilancarkan dengan memperkenalkan mentor-mentor yang terdiri daripada para guru yang bakal membimbing mentee mereka daripada setiap dorm yang terdapat…

Kejohanan Merentas Desa Ke-15

Jumaat, 19 Januari 2017 – Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2018 untuk kali ke-15 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Kejohanan yang mengekalkan trek larian yang sama seperti tahun-tahun terdahulu ini telah menyaksikan kecemerlangan rumah Merah Delima berjaya memungut mata tertinggi untuk muncul sebagai juara keseluruhan. Rumah Hijau Zamrud…

Pendaftaran Murid Tingkatan 1

Rabu, 10 Januari 2018 – Tahniah dan selamat datang kepada murid-murid tingkatan 1 yang telah terpilih menjadi warga baharu SBPI Gombak.  Hari ini murid-murid yang terpilih telah mendaftar diri dan disambut dalam satu majlis khas untuk mereka. Melalui majlis yang turut dihadiri oleh En Mohd Zahri bin Abdul Rahim, Naib…

Lawatan SMA Modern Riyadhul Jannah, Jawa Barat, Indonesia

Selasa, 09 Januari 2018 – Seramai 38 orang murid dan seorang guru dari SMA Modern Riyadhul Jannah, Jawa Barat, Indonesia hari ini telah mengadakan lawatan ke SBPI Gombak. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui sistem pembelajaran yang menjadi amalan di sekolah ini memandangkan mereka juga adalah salah sebuah sekolah berasrama penuh di…