Kem Kepimpinan Murid

Kem Kepimpinan Murid

Isnin, 04 April 2016 – Kem Kepimpinan Murid anjuran Ahli Jawatankuasa Kokurikulum SBP Integrasi Gombak bertempat di Pulau Perhentian Terengganu mencipta sejarah yang tersendiri apabila turut memberikan peluang kepada murid-murid mengenali masyarakat tempatan di Pulau Perhentian Kecil melalui aktiviti Kajian Lapangan. Mereka dikehendaki menemu ramah masyarakat tersebut dan mendekati mereka melalui soal-jawab dengan menggunakan pendekatan sosial. Seramai 30 murid yang diketuai oleh saudara Akif menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Turut hadir dalam perkhemahan tersebut ialah Puan Hajah Sarimah bt Haji Samuri, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Nor Zailiza, Penyelaras Program, Ustas Mohd Nasir, Setiausaha Sukan, dan En. Zulkifli, Penyelaras Kelab dan Persatuan dan En. Afandi. Antara porgram lain yang diadakan ialah Aktitiviti Cinta akan Alam Sekitar,  pembentangan kerja lapangan. Semua aktiviti dijalankan pada sebelah pagi memandangkan keterikan cuaca dan fenomena el-Neno yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan murid. Semua langkah keselamatan telah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemudaratan. Terima kasih kepada semua murid, guru dan staf sokongan yang memberikan kerjasama sepanjang aktiviti tersebut diadakan. Meskipun, pemergian En Azhar, pemandu sekolah sedikit memberikan kesan kepada perjalanan mereka ke Terengganu, namun, keredaan itu memberikan hikmah yang besar. Sesungguhnya, banyak pengalaman diperoleh setiap murid Integomb semasa mengikuti kem berkenaan terutama interaksi mereka dengan penduduk tempatan di Pulau Perhentian.

Klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar peristiwa :