Category : Uncategorized

Program Bio-Outreach

Ahad, 22 Mei 2016 – Panitia Biologi SBP Integrasi Gombak hari ini telah menganjurkan Program Bio-Outreach peringkat kebangsaan.  Program yang bertujuan meningkatkan kefahaman biologi dalam kalangan murid-murid tingkatan 4 dan 5 ini telah juga disertai oleh 9 buah sekolah luar dari beberapa buah negeri. Program ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti…

Sambutan Hari Guru 2016

Isnin, 16 Mei 2016 – Bersempena dengan hari guru yang jatuhnya pada tarikh hari ini, warga SBPI Gombak telah mengadakan majlis sambutan hari tersebut di peringkat sekolah bagi meraikan sumbangan dan jasa bakti guru-guru di samping memupuk nilai menghormati dan menghargai guru dalam kalangan murid-murid.  Majlis pada hari ini telah…

Lawatan Delegasi Maldives

Jumaat, 13 Mei 2016 – Seramai 24 orang pengetua daripada sekolah-sekolah di kepulauan Maldives telah mengadakan lawatan penanda arasan mereka ke sekolah ini. Delegasi ini telah mengambil peluang mengadakan sesi soal jawab bersama pengetua dan mereka sangat tertarik dengan konsep SBC (Subject Base Classroom) yang telah dipraktikkan di sekolah ini….

Lawatan Pengetua-Pengetua SGE

Rabu, 4 Mei 2016 – Seramai sepuluh orang pengetua dari sekolah-sekolah yang telah menerima gelaran ‘School of Global Excellence’ (SGE) hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBP Integrasi Gombak.  SBP Integrasi Gombak  yang juga salah satu daripada SGE telah dijadikan model penanda arasan dalam beberapa aspek sebagai contoh kepada sekolah-sekolah…

Nadwah Kepimpinan Islam 2016

Khamis, 28 April 2016 – Program Nadwah Kepimpinan Islam sekolah-sekolah berasrama penuh telah selamat dijalankan selama empat hari bermula pada 25 April 2016 yang lalu bertempat di SBP Integrasi Selandar, Melaka.  Program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama & Sekolah Kecemerlangan ini telah menghimpunkan pempmpin-pemimpin murid dari seluruh…

Majlis Anugerah Kecemerlangan Ke-13

Sabtu, 16 April 2016 – Majlis Anugerah Kecemerlangan  dan Graduasi  SBP Integrasi Gombak Ke-13 Tahun 2016 telah disempurnakan perasmiannya  oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin  bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (OPerasi Pendidikan).  Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan kecemerlangan murid itu bertitik tolak daripada kecemerlangan guru itu sendiri. Hal…

International Engineering Invention Innovation Exhibition I-ENVEX 2016

Ahad, 10 April 2016 – Seramai 4 orang murid team inovasi SBP Integrasi Gombak telah menyertai International Engineering Invention Innovation Exhibition I-ENVEX 2016, bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).  Murid-murid yang terlibat adalah Nasree Hayeesama-Ae, Rabi’atul Adawiyah Azlan, Aisyah Jazilah Samsudin dan Wan Muhammad Fayadh Bin Wan Mohd Fadzlullah yang diringi oleh Pn Suraya Shabingin selaku guru…

Kem Kepimpinan Murid

Isnin, 04 April 2016 – Kem Kepimpinan Murid anjuran Ahli Jawatankuasa Kokurikulum SBP Integrasi Gombak bertempat di Pulau Perhentian Terengganu mencipta sejarah yang tersendiri apabila turut memberikan peluang kepada murid-murid mengenali masyarakat tempatan di Pulau Perhentian Kecil melalui aktiviti Kajian Lapangan. Mereka dikehendaki menemu ramah masyarakat tersebut dan mendekati mereka melalui soal-jawab…

Program Dinamis Immersion

Jumaat, 1 April 2013 – Sebanyak 8 buah sekolah telah selamat menjalani program ‘Dinamis Immersion’ di sekolah ini selama seminggu bermula hari Isnin yang lalu. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SM Sains Hulu Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud Terengganu, SM Sains Tapah Perak, SM Sains Kuala Selangor, SM Agama Kuala Lumpur, SM Agama…

Al-Fatihah Buat En Azhar

Khamis, 31 Mac 2016 – Setelah disahkan kanser tahap 4 dan dimasukkan ke Hosptal Selayang beberapa hari yang lalu, En Azhar bin Mohd Taib, salah seorang pemandu SBP Integrasi Gombak telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Kuala Lumpur sekiar jam 4.30 petang. Berita mengejutkan ini sudah tentu mengundang kesedihan…